Nuffnang Ads

Rabu, 17 Mei 2017

Resepi Suman/ Pais Suman Sarawak

Image result for SUMAN SARAWAK


Image result for SUMAN SARAWAK 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya nak kongsikan resepi tradisi dari Negeri Sarawak yang super duper terbaik iaitu SUMAN/ PAIS SUMAN .......

RESEPI SUMAN SARAWAK

Bahan-Bahan

  • Tepung sagu/ tepung lemantak
  • Kelapa parut
  • Udang/ Sotong/ Hati pari/ Ikan/ 
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara

Penyediaan Pembalut

  • Sediakan seeloknya daun nipah muda
  • Sediakan lidi untuk dibuat semat/ pin
  • Sematkan 2 keping daun nipah yang telah dipotong pendek lebih kurang 10 inci.

Penyediaan Tepung

  • Tepung sagu/ tepung lemantak diayak menggunakan penapis air kasar untuk meleraikan tepung
  • kemudian gaulkan 60% tepung sagu bersama 40% kelapa parut dan perasakan dengan sedikit garam. (nak tambah lada pun boleh)
  • Tepung yang telah dugaul rata diletakkan di atas pembalut separuh dahulu
  • kemudian letak inti udang atau apa2 inti yang diinginkan dan kemudia tambah separuh lagi tepung agak2 muata pembalut (inti ikut suka nak banyak atau sikit)
  • Last sekali sematkan pembalut dan sedia untuk dibakar.
  • Perlu diingat alirkah suman yg dah dibalut menggunakan air bersih sebelum dibakar yea dan bakar sehingga pembalut 70-80% hangus.
SELAMAT MENCUBA............



Ahad, 14 Mei 2017

RESEPI MEE KOLOK SARAWAK


Image result for MEE KOLOK BASAH SARAWAK

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya nak kongsikan resepi tradisi dari Negeri Sarawak yang super duper terbaik iaitu MEE KOLOK BASAH SARAWAK .......

RESEPI MEE KOLOK SARAWAK


Bahan-bahan:

  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka

  • Cara-cara

    • PENYEDIAAN SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
    • PENYEDIAAN MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
    • PENYEDIAAN SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
    • MENGHIDANG : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya. Untuk mereka yang suka sayuran bolehlah ditambah dengan sayur kegemaran anda dan pastikan dicelur terlebih dahulu.

Sabtu, 13 Mei 2017

Resepi Tradisi Laksa Sarawak

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya nak kongsikan resepi tradisi dari Negeri Sarawak yang super duper terbaik iaitu LAKSA SARAWAK .......

RESEPI LAKSA SARAWAK

   Image result for LAKSA SARAWAK


Bahan-bahan:

Image result for PES LAKSA HAJI MANAN

bahan-bahan : anggaran 6 orang makan

  • 200 g pes atau perencah laksa pes laksa HJ Manan (pes paling popular di Sarawak)
  • isi ayam mengikut cita rasa sendiri direbus dan dicarik halus
  • udang basah juga mengikut cita rasa
  • 1 bungkus mihun direndam dan dicelur
  • 4 biji telur digoreng dadar dan dipotong halus
  • 2 batang serai diketuk
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh dicelur
  • timun dihiris
  • sedikit daun ketumbar diracik
  • limau kasturi secukupnya 

Cara-cara:

kuah 

Rebus ayam dan udang menggunakan separuh air dalam periuk sederhana besar
Rebus udang sehingga kemerahan, angkat, tos dan ketepikan.
Masukkan paste laksa sarawak ke dalam air rebusan tadi 
Rebus ayam bersama paste tersebut sehingga masak, 
angkat ayam tersebut, tos dan ketepikan
masukkan santan sekotak kecil 
(bagi yang tak berapa suka pekat, just masukkan kurang dari sekotak la)
then ketuk serai dan masukkan ke dalam kuah tersebut
masak dengan api perlahan sehingga menggelegak then angkat

 bihun

Rebus bihun dengan air yang menggelegak sehingga lembut.
jangan terlalu lama, takut nanti lembik pulak. 
kemudian tos kan dan ketepikan

telur dadar

pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk,
masukkan garam dan sedikit ajinomoto
gorengkan telur tadi dengan sedikit minyak di atas non stick pan
angkat dan sejukkan
then, potong halus2 dan ketepikan

ayam racik

ayam yang telah di rebus tadi, racik kecil2 dan ketepikan

udang rebus

ketepikan untuk dihidang

limau kasturi

dipotong dua dan dibuang biji, ketepikan.

sambal belacan

rendamkan ikan bilis di dalam air bagi melembutkan ikan bilis tersebut 
tumbuk cabai burung dalam 10 biji,
then, masukkan ikan bilis tadi dan tumbuk hingga separa halus 
masukkan belacan (agak2 je belacan tu banyak mana),
lepas tu perah limau kasturi ke dalam bancuhan tersebut sehingga bancuhan sambal belacan menjadi basah
then, potong halus dalam 2,3 biji kulit limau kasturi dan masukkan ke dalam sambal tersebut.

hidang kesemua bahan2 tersebut bersama kuah dan juga bihun. siap :)