Nuffnang Ads

Sabtu, 13 Mei 2017

Resepi Tradisi Laksa Sarawak

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya nak kongsikan resepi tradisi dari Negeri Sarawak yang super duper terbaik iaitu LAKSA SARAWAK .......

RESEPI LAKSA SARAWAK

   Image result for LAKSA SARAWAK


Bahan-bahan:

Image result for PES LAKSA HAJI MANAN

bahan-bahan : anggaran 6 orang makan

  • 200 g pes atau perencah laksa pes laksa HJ Manan (pes paling popular di Sarawak)
  • isi ayam mengikut cita rasa sendiri direbus dan dicarik halus
  • udang basah juga mengikut cita rasa
  • 1 bungkus mihun direndam dan dicelur
  • 4 biji telur digoreng dadar dan dipotong halus
  • 2 batang serai diketuk
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh dicelur
  • timun dihiris
  • sedikit daun ketumbar diracik
  • limau kasturi secukupnya 

Cara-cara:

kuah 

Rebus ayam dan udang menggunakan separuh air dalam periuk sederhana besar
Rebus udang sehingga kemerahan, angkat, tos dan ketepikan.
Masukkan paste laksa sarawak ke dalam air rebusan tadi 
Rebus ayam bersama paste tersebut sehingga masak, 
angkat ayam tersebut, tos dan ketepikan
masukkan santan sekotak kecil 
(bagi yang tak berapa suka pekat, just masukkan kurang dari sekotak la)
then ketuk serai dan masukkan ke dalam kuah tersebut
masak dengan api perlahan sehingga menggelegak then angkat

 bihun

Rebus bihun dengan air yang menggelegak sehingga lembut.
jangan terlalu lama, takut nanti lembik pulak. 
kemudian tos kan dan ketepikan

telur dadar

pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk,
masukkan garam dan sedikit ajinomoto
gorengkan telur tadi dengan sedikit minyak di atas non stick pan
angkat dan sejukkan
then, potong halus2 dan ketepikan

ayam racik

ayam yang telah di rebus tadi, racik kecil2 dan ketepikan

udang rebus

ketepikan untuk dihidang

limau kasturi

dipotong dua dan dibuang biji, ketepikan.

sambal belacan

rendamkan ikan bilis di dalam air bagi melembutkan ikan bilis tersebut 
tumbuk cabai burung dalam 10 biji,
then, masukkan ikan bilis tadi dan tumbuk hingga separa halus 
masukkan belacan (agak2 je belacan tu banyak mana),
lepas tu perah limau kasturi ke dalam bancuhan tersebut sehingga bancuhan sambal belacan menjadi basah
then, potong halus dalam 2,3 biji kulit limau kasturi dan masukkan ke dalam sambal tersebut.

hidang kesemua bahan2 tersebut bersama kuah dan juga bihun. siap :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan