Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Di sini saya nak kongsikan resepi tradisi dari Negeri Sarawak yang super duper terbaik iaitu SUMAN/ PAIS SUMAN .......
RESEPI SUMAN SARAWAK
Bahan-Bahan
- Tepung sagu/ tepung lemantak
- Kelapa parut
- Udang/ Sotong/ Hati pari/ Ikan/
- Garam secukup rasa
Cara-Cara
Penyediaan Pembalut
- Sediakan seeloknya daun nipah muda
- Sediakan lidi untuk dibuat semat/ pin
- Sematkan 2 keping daun nipah yang telah dipotong pendek lebih kurang 10 inci.
Penyediaan Tepung
- Tepung sagu/ tepung lemantak diayak menggunakan penapis air kasar untuk meleraikan tepung
- kemudian gaulkan 60% tepung sagu bersama 40% kelapa parut dan perasakan dengan sedikit garam. (nak tambah lada pun boleh)
- Tepung yang telah dugaul rata diletakkan di atas pembalut separuh dahulu
- kemudian letak inti udang atau apa2 inti yang diinginkan dan kemudia tambah separuh lagi tepung agak2 muata pembalut (inti ikut suka nak banyak atau sikit)
- Last sekali sematkan pembalut dan sedia untuk dibakar.
- Perlu diingat alirkah suman yg dah dibalut menggunakan air bersih sebelum dibakar yea dan bakar sehingga pembalut 70-80% hangus.
SELAMAT MENCUBA............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan